Ramai yang tahu tentang CINTA . Ramai yang tahu menyebut perkataan CINTA . Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata CINTA . Tetapi adakah anda tahu apa itu CINTA yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu CINTA . Sifat CINTA
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna . Jika tidak cinta itu cacat. Itulah cinta sebenar.
CINTA Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud dalam jiwa manusia sejak manusia iut lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada tuhan wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih .
CINTA itu indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak bertopeng. Bukan shaja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih .
Apakah bukti CINTA ?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa sahaja yang kekasih anda mahu. Merka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya . Sebenarnya anggapan itu tidak tepat . jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda??Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda??
cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri .
No comments:
Post a Comment